Thursday, 15 March 2018

Pelancaran Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah 2018

Salam 1 Malaysia dan Salam Sejahtera

Pada 2.3.2018 yang lalu pihak sekolah telah mengadakan Pelancaran Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) / Anti Dadah Peringkat sekolah bagi tahun 2018. Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar dan seterusnya merasmikan PPDA bagi sesi 2018. Majlis begitu berinfomatif dengan persembahan dari murid-murid, tayangan video mengenai dadah dan daum ketum juga sesi menjawab soalan kuiz bersama murid-murid. Murid-murid yang berjaya menjawab soalan dengan baik diberikan hadiah oleh pihak sekolah. Pelancaran perasmian jugak amat menarik dan begitu meriah sekali. Tahniah kepada semua warga SPTS yang menjalankan majlis ini. Semoga dengan pelancaran ini dapat membantu usaha kita dalam memberanteras gejala dadah di kalangan murid sekolah.


Laungan kami benci dadah oleh warga SPTS

Murid-murid membuang replika rokok ke dalam tong sampah

Pelancaran PPDA oleh Guru Besar SPTS

Guru Besar meletakkan simbol pangkah pada replika rokok

Pelancaran yang begitu menarik

TAHNIAH kepada AJK Pelancaran PPDA 2018

Ucapan dan perasmian oleh En. Ganeson A/L Ramasamy Guru Besar SPTS

Murid yang berjaya menjawab soalan kuiz

Persembahan dari Doktor Muda SPTS

Simbolik kepada TAKNAK MEROKOK!

Murid beramai-ramai menyanyikan lagu AKU YANG REBAH

Poster mengenai bahaya dadah

Wednesday, 14 March 2018

Majlis Pembugaran Nilam 2018

Salam 1 Malaysia dan Salam Sejahtera

Pada 9.3.2018 yang lalu pihak sekolah telah melancarkan program nilam bagi tahun 2018. Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar dan di ikuti ucapan dari pegawai angkat dari PPD Hilir Perak seterusnya merasmikan Pembugaran Nilam 2018. Majlis juga menghargai kepada murid yang paling banyak membaca di perpustakaan sekolah. Tahniah dan terus kan budaya membaca di kalangan murid.









Sambutan Perayaan Ponggal 2018

Pada bulan januari yang lalu  pihak sekolah telah mengadakan sambutan perayaan ponggal. Guru-guru dan staf bersama-sama memasak nasi manis yang menjadi tradisi setiap kali perayaan ponggal. Semua warga sekolah amat gembira meraikan perayaan ponggal pada hari tersebut. Tahniah kepada warga SPTS! Anda semua terbaik!




Monday, 30 October 2017

Perasmian Pusat Sumber Sekolah Yang Dinaiktaraf

Salam 1 Malaysia
Salam Sejahtera

Pada 27.10,2017, SPTS telah merasmikan Pusat Sumber yang baru sahaja dinaik taraf. Berbagai sumbangan yang diberikan dari ramai pihak dalam menjayakan projek naiktaraf ini. Pusat sumber sekolah telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti alat penghawa dingin, sistem auntomasi buku, meja dan kerusi baru, dan keceriaan yang sungguh menarik. Diharapkan dengan naiktaraf ini akan memberi kesan yang baik kepada seluruh warga SPTS di masa akan datang.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat!













HARI SUKAN NEGARA 2017

Salam 1 Malaysia
Salam Sejahtera

Pada 27.10.2017 bersamaan hari jumaat yang lalu, sekolah kami telah mengadakan Hari Sukan Negara. Semua guru, staf dan murid terlibat dalam menjayakan program ini. Seawal jam 7.30 pagi semua warga SPTS telah berkumpul di tapak perhimpunan dan seterusnya melakukan senam robik beramai-ramai. Setelah selesai bersenam robik, semua warga SPTS memulakan berjalan kaki dan membuat pusingan di padang sekolah. Semua warga SPTS sangat bersemangat dan gembira menjayakan program hari sukan negara tersebut. Tahniah kepada semua yang terlibat! Anda semua hebat!









Tuesday, 5 February 2013

Sambutan Hari Ponggal

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Pada 18.03.2013 bersamaan hari jumaat yang lepas pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Ponggal. Sambutan begitu meriah bersama murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah. Seawal jam 9 pagi guru-guru telah bertungkus lumus menyediakan bahan-bahan untuk memasak nasi ponggal sebagai menu utama pada Hari Ponggal. Nasi ponggal yang telah siap dimasak diagihkan pada semua guru-guru SPTS.












Sekian




Thursday, 17 January 2013

Malam Mesra SPTS 2013

Salam Sejahtera

Pada 16.01.2013, pihak sekolah telah mengadakan malam mesra bagi meraikan pertukaran 3 orang guru di sekolah ini. Majlis makan malam tersebut telah diadakan di Hotel Grand Court bermula jam 8 malam. Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar Pn. Mariamah dan ucapan pengerusi PIBG En. Balasubramaniam.

Guru-guru yang akan bertukar adalah Pn. Gomathy yang telah berkhidmat lebih 18 tahun, En Subramaniam berkhidmat lebih 17 tahun dan Cik Juliyana yang baru setahun berkhidmat di sekolah ini.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada guru-guru yang bertukar, kakitangan dan guru yang baru berkahwin dan menimang cahaya mata.





Pelancaran Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah 2018

Salam 1 Malaysia dan Salam Sejahtera Pada 2.3.2018 yang lalu pihak sekolah telah mengadakan Pelancaran Pendidikan Pencegahan Dadah (PPD...