![]() |
| spts dahulu... |
Sekolah ini didirikan pada tahun 1954 atas 0.4
hektar tanah. Tanah ini merupakan pemberian kerajaan negeri Perak. Demi memberi
pendidikan kepada kanak-kanak di sekitar pekan Teluk Intan, Dato K.R.Sithambaram
Pillay telah bertungkus lumus mendirikan sekolah ini.
Upacara meletakkan batu asas telah dilaksanakan oleh Sri Jath Yogi
Suthanantha
Barathiyar (Tamil Nadu) pada 20 Jun 1952. Pada 10 Julai 1954 sekolah
ini
dirasmikan oleh Sultan Yusof Izuddin
Shah (Sultan Perak).
Pada mulanya sekolah ini mempunyai 10 bilik darjah sahaja. Jumlah murid
pula 317
orang sahaja. Pada ketika itu Madam V.Kannammal PLP menyandang jawatan
sebagai Guru Besar yang pertama (1954-1978).
Sementara itu, di sebabkan oleh penambahan murid, pada tahun 1999 satu
bangunan bertingkat telah
dibina. Kini terdapat 12 buah bilik darjah, sebuah
pejabat, kantin, makmal komputer, pusat akses, makmal sains dan perpustakaan sedang
berfungsi dengan baik. Di bawah pengesyoran kerajaan sebuah pra-sekolah juga
ditubuhkan dan ianya berfungsi dengan baik.
Mulai tahun 2004, Pn.M.Mariamah menjadi guru besar sehingga kini dan di
bawah pentadbiran beliau terdapat 26 orang guru dan 6 orang pekerja
termasuk
PRA. Kini seramai 390 orang murid sedang belajar di sekolah ini.
Sekolah ini
merupakan salah sebuah sekolah yang terbaik di Daerah Hilir Perak.
