Monday, 30 October 2017

Perasmian Pusat Sumber Sekolah Yang Dinaiktaraf

Salam 1 Malaysia
Salam Sejahtera

Pada 27.10,2017, SPTS telah merasmikan Pusat Sumber yang baru sahaja dinaik taraf. Berbagai sumbangan yang diberikan dari ramai pihak dalam menjayakan projek naiktaraf ini. Pusat sumber sekolah telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti alat penghawa dingin, sistem auntomasi buku, meja dan kerusi baru, dan keceriaan yang sungguh menarik. Diharapkan dengan naiktaraf ini akan memberi kesan yang baik kepada seluruh warga SPTS di masa akan datang.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat!













HARI SUKAN NEGARA 2017

Salam 1 Malaysia
Salam Sejahtera

Pada 27.10.2017 bersamaan hari jumaat yang lalu, sekolah kami telah mengadakan Hari Sukan Negara. Semua guru, staf dan murid terlibat dalam menjayakan program ini. Seawal jam 7.30 pagi semua warga SPTS telah berkumpul di tapak perhimpunan dan seterusnya melakukan senam robik beramai-ramai. Setelah selesai bersenam robik, semua warga SPTS memulakan berjalan kaki dan membuat pusingan di padang sekolah. Semua warga SPTS sangat bersemangat dan gembira menjayakan program hari sukan negara tersebut. Tahniah kepada semua yang terlibat! Anda semua hebat!









Pelancaran Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah 2018

Salam 1 Malaysia dan Salam Sejahtera Pada 2.3.2018 yang lalu pihak sekolah telah mengadakan Pelancaran Pendidikan Pencegahan Dadah (PPD...